Kenal dulu Baru Cinta Tak Kenal Maka Tak Cinta

Bila sebut sahaja tongkat, tentu terlintas dibenak fikiran kita ianya tidak lebih dari hanya sebatang kayu yang digunakan untuk membantu seseorang berjalan dengan lebih baik dan memberi petunjuk kepada orang buta menuju destinasi dengan selamat.
Sebenarnya peranan tongkat bagi orang dulu-dulu lebih daripada itu, bukan semata-mata fungsi fizikalnya sahaja, tongkat dilihat dari sudut yang lebih dalam, ia melambangkan suatu simbol kepada matlamat, halatuju, pegangan, pedoman dan simbolik kepada perjuangan seseorang dalam menuju akhirat.

Bertongkat merupakan suatu amalan sunah yang semakin dilupakan masyarakat masa kini.
ia adalah salah satu akhlak dan tatacara kehidupan para nabi,
Ibnu Abbas RadhiallahuAnhu yang bermaksud:

'' Bertumpu kepada tongkat termasuk akhlak para Nabi, dan adalah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri bertumpu kepada tongkat.''.

Jika dilihat kepada bentuk fizikal tongkat itu sendiri, ianya sebatang kayu yang membentuk seperti angka satu "1",
Memegang tongkat dapat mengingatkan kita kepada tuhan yang satu, matlamat dan perjuangan dalam hidup yang satu.

Ada orang yang memegang tongkat ketika menghadapi kegagalan dan kekecewaan. Tongkat dipegang sebagai tempat bergantung bagi meredakan tekanan. Tongkat yang diperbuat daripada kayu asalnya adalah daripada elemen tumbuh-tumbuhan yang hidup, seolah-olah ia faham dan turut bersimpati dengan masalah yang menimpa tuannya.

Ada pula orang yang memakai tongkat apabila sudah berjaya, senang dan kaya. Setiap kali berjalan tongkat menunjuk kebumi, ia mengingatkan tuannya kepada tanah. Hidup ibarat roda, kadang kala kita diatas dan kadangkala kita dibawah, Suatu hari nanti pasti ke tanah jua kita akhirnya.
Ia mengingatkan kita kepada kematian yang pasti tiba.

Ada pula golongan yang memakai tongkat supaya lebih bersemangat menuju kejayaan. Tongkat dibawa kesana kemari sebagai peneman dan pemberi semangat. Setiap kali berjalan, tongkat dihentak-hentak ke bumi mengingatkan tuannya supaya berpijaklah dibumi yang nyata. Hidup adalah realiti dan bukannya fantasi, capailah sesuatu yang realistik dan keluarlah dari angan-angan kosong yang tidak pernah habis.

Penggunaan tongkat tidak terhad ketika berjalan, bersiar-siar dan ke kebun sahaja malah ia boleh diperluaskan lagi seperti ketika menonton telivisyen, berbaring dan bersantai didalam rumah ia membantu kita bangkit dari tempat duduk dengan lebih mudah. Sebaik-baiknya tongkat yang digunakan diluar rumah tidak dibawah masuk kedalam rumah kerana dikhuatiri ia akan mencemarkan rumah jika terdapat najis pada tongkat.

Segala maklumat didalam blog ini adalah hasil karangan dan hak milik Tongkat Emas.blogspot.com. Dilarang sama sekali mencetak dan menerbitkannya kembali tanpa mendapat keizinan dari tuan blog terlebih dahulu. Harga tongkat bergantung kepada spesis kayu yang bermula dari Rm30 hingga Rm1500



Wednesday, 27 March 2013

Untuk Perhatian Seseorang - Tongkat Teras Kelor Spesis Hutan

Koleksi Teras Kelor Hutan terakhir dalam simpanan

Bahagian Pemegang diperbuat dari Logam



Untuk Perhatian Seseorang - Tongkat Teras Kelor Kampung 2

Teras Pokok Kelor / Gemunggal sangat sukar diperolehi jarang dapat dalam bentuk tongkat

Batang tongkat diperbuat dari Teras Pokok Kelor manakala hulu daripada kayu Leban




Untuk Perhatian Seseorang- Tongkat Teras Kelor Kampung 1

Batang tongkat diperbuat dari teras Pokok Kelor manakala pemegang/ handle dari kayu pokok leban

Jelas Kelihatan urat teras Kelor





Monday, 11 February 2013

Teras Pokok Pulai

Pokok pulai seperti pokok gemunggal, pokok pisang dan betik, ia sangat jarang ada teras. Walaupun saiz pokok sebesar dua hingga tiga pemeluk dan benar-benar tua sangat sukar untuk ditemui terasnya, kalau ditemui teras pokok-pokok ini ia adalah satu anugerah dari Allah s.w.t, untuk manusia manfaatkan. Bahagian teras berwarna hitam legam dan leik (liat) sesuai dibuat permata cincin. Kalau teras pokok gemunggal, pisang dan betik biasa juga kita dengar, tapi teras pokok pulai langsung tak pernah dengar.

Bila sebut pokok pulai teringat kisah seorang pendekar handal zaman dahulu, sangat panjang kisahnya.

Rm150 untuk sebiji permata

Saturday, 26 January 2013

Tongkat Dari Teras Gemunggal Hutan (spesis liar)

Kayu gemunggal hutan tidak sama seperti gemunggal kampung biasa walaupun corak uratnya seakan-akan sama, ia berwarna agak gelap dan berjalur berbeza dengan gemunggal kampung yang berwarna kuning dan coklat.


Kepala tongkat boleh dibuat daripada jenis logam seperti diatas atau dari jenis kayu sepertimana lazimnya. (Rm 300)

Tongkat Jeneral Dari Teras Gemunggal Kuning

Teras gemunggal mempunyai 1001 satu khasiat menurut kepercayaan masyarakat melayu, Jarang orang buat tongkat lantaran harganya yang tinggi
Sebiji permata cincin dari teras gemunggal dijual pada harga Rm70 hingga Rm300 bergantung pada kualiti dan usia kayu

Tukang kayu berpengalaman diperlukan untuk memotong teras gemunggal bagi mendapatkan corak tekstur kayu yang menarik.
Gabungan teras dan gumba (bukan teras)  menghasilkan satu intonasi warna yang berseni. 

Tongkat Jeneral Dari Teras Kuping Besi

Kayu Kuping Besi salah satu kayu yang terkenal dengan keliatannya, jarang orang sanggup menebang pokok ini walaupun menggunakan gergaji mesin, kalau orang tebang pun selepas kulitnya yang keras gugur kebumi.
Dalam sebongkah besar ni tukang kayu sanggup buat dua batang tongkat sahaja, serik tukang nak proses kayu ni. mungkin besi alah kepada gelombang kayu ni lalu ia dipanggil kuping besi

Walaupun tekstur kayu nya berwarna agak cerah dan masih muda tapi beratnya macam besi

Kepala tongkat design kelongsong peluru. 

Saturday, 12 January 2013

Tongkat Daripada Kayu Rotan

Bahagian pemegang design tradisional

Sesuai dibawa bersiar-siar, kalau tertinggal kat mana-mana ni tak perlu bimbang.. takde orang nak ambil


Rm 30

Tongkat Dari Teras Gemunggal Jantan Spesis Daun Lebar - (ON HOLD)

Laras tongkat diperbuat dari Teras pokok Gemunggal jantan daripada spesis daun lebar. Sangat jarang orang menghasilkan tongkat daripada teras pokok gemunggal lantaran harganya yang tinggi. Teras pokok gemunggal yang bersaiz permata cincin dijual pada harga sekitar Rm70 hingga Rm300 sebiji bergantung pada kualiti isi dan usia teras itu.


Bahagian hulu/ pemegang tongkat diperbuat daripada teras kayu kemuning emas.
 Zaman sekarang sangat payah nak dapat teras kemuning emas. Biasanya dalam tempoh tiga tahun baru dapat jumpa sebongkah kemuning emas gred baik. Teras kemuning emas biasanya dibuat hulu dan sampir keris pembesar-pembesar melayu zaman dahulu. Urat dan corak kayu yang cantik berseni melambangkan kehebatan pemiliknya.


Bahagian hulu dan laras tongkat adalah natural, tidak disapu dengan varnish / clear spray.


Contoh Kemuning Emas

Tongkat Dari Teras Gemunggal Kuning

Yang ni mahar dia agak tinggi kerana diperbuat dari teras pokok gemunggal kuning, teras pokok gemunggal yang telah dicanai menjadi permata cincin dijual dipasaran pada harga sekitar Rm70 hingga Rm300 untuk sebiji permata. Sebatang tongkat ni boleh dicanai menjadi puluhan biji permata cincin.

Jelas urat kayu gemunggal

Diatas adalah contoh pokok gemunggal yang mengandungi teras. Teras pokok gemunggal ialah pada bahagian tengah kayu yang berwarna kuning, bahagian yang berwarna putih adalah bukan teras. Teras pokok gemunggal sangat sukar ditemui walaupun saiz pokok sebesar dua hingga tiga pemeluk dan berusia ratusan tahun belum tentu ia mengandungi teras. Teras pokok gemunggal digunakan untuk berbagai tujuan sejak ratusan tahun lagi ia dipercayai mengandungi kelebihan luarbiasa antaranya menjadikan pemiliknya kebal kepada asid.


Design tongkat orang kaya


Tongkat Kemuning Hitam (SOLD)

Baru lagi terjual yang ni setelah hampir 8 tahun menyimpannya, badan tongkat diperbuat dari kayu kemuning hitam yang hampir pupus.  Bentuk laras tongkat yang cantik, walaupun nampak nipis tapi ianya berat dari kayu lain kerana isi kayu padat.. rasa menyesal pulak jual yang ini.
Hulu jenis tapak kuda patah tiga, diperbuat dari teras pokok jambu batu



Tongkat Kayu -Kod A1I

Tongkat ini diperbuat dari kayu kategori biasa-biasa

Bahagian hulu design paruh burung

RM 40 tidak termasuk pos