Kenal dulu Baru Cinta Tak Kenal Maka Tak Cinta

Bila sebut sahaja tongkat, tentu terlintas dibenak fikiran kita ianya tidak lebih dari hanya sebatang kayu yang digunakan untuk membantu seseorang berjalan dengan lebih baik dan memberi petunjuk kepada orang buta menuju destinasi dengan selamat.
Sebenarnya peranan tongkat bagi orang dulu-dulu lebih daripada itu, bukan semata-mata fungsi fizikalnya sahaja, tongkat dilihat dari sudut yang lebih dalam, ia melambangkan suatu simbol kepada matlamat, halatuju, pegangan, pedoman dan simbolik kepada perjuangan seseorang dalam menuju akhirat.

Bertongkat merupakan suatu amalan sunah yang semakin dilupakan masyarakat masa kini.
ia adalah salah satu akhlak dan tatacara kehidupan para nabi,
Ibnu Abbas RadhiallahuAnhu yang bermaksud:

'' Bertumpu kepada tongkat termasuk akhlak para Nabi, dan adalah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri bertumpu kepada tongkat.''.

Jika dilihat kepada bentuk fizikal tongkat itu sendiri, ianya sebatang kayu yang membentuk seperti angka satu "1",
Memegang tongkat dapat mengingatkan kita kepada tuhan yang satu, matlamat dan perjuangan dalam hidup yang satu.

Ada orang yang memegang tongkat ketika menghadapi kegagalan dan kekecewaan. Tongkat dipegang sebagai tempat bergantung bagi meredakan tekanan. Tongkat yang diperbuat daripada kayu asalnya adalah daripada elemen tumbuh-tumbuhan yang hidup, seolah-olah ia faham dan turut bersimpati dengan masalah yang menimpa tuannya.

Ada pula orang yang memakai tongkat apabila sudah berjaya, senang dan kaya. Setiap kali berjalan tongkat menunjuk kebumi, ia mengingatkan tuannya kepada tanah. Hidup ibarat roda, kadang kala kita diatas dan kadangkala kita dibawah, Suatu hari nanti pasti ke tanah jua kita akhirnya.
Ia mengingatkan kita kepada kematian yang pasti tiba.

Ada pula golongan yang memakai tongkat supaya lebih bersemangat menuju kejayaan. Tongkat dibawa kesana kemari sebagai peneman dan pemberi semangat. Setiap kali berjalan, tongkat dihentak-hentak ke bumi mengingatkan tuannya supaya berpijaklah dibumi yang nyata. Hidup adalah realiti dan bukannya fantasi, capailah sesuatu yang realistik dan keluarlah dari angan-angan kosong yang tidak pernah habis.

Penggunaan tongkat tidak terhad ketika berjalan, bersiar-siar dan ke kebun sahaja malah ia boleh diperluaskan lagi seperti ketika menonton telivisyen, berbaring dan bersantai didalam rumah ia membantu kita bangkit dari tempat duduk dengan lebih mudah. Sebaik-baiknya tongkat yang digunakan diluar rumah tidak dibawah masuk kedalam rumah kerana dikhuatiri ia akan mencemarkan rumah jika terdapat najis pada tongkat.

Segala maklumat didalam blog ini adalah hasil karangan dan hak milik Tongkat Emas.blogspot.com. Dilarang sama sekali mencetak dan menerbitkannya kembali tanpa mendapat keizinan dari tuan blog terlebih dahulu. Harga tongkat bergantung kepada spesis kayu yang bermula dari Rm30 hingga Rm1500



Saturday, 26 January 2013

Tongkat Jeneral Dari Teras Gemunggal Kuning

Teras gemunggal mempunyai 1001 satu khasiat menurut kepercayaan masyarakat melayu, Jarang orang buat tongkat lantaran harganya yang tinggi
Sebiji permata cincin dari teras gemunggal dijual pada harga Rm70 hingga Rm300 bergantung pada kualiti dan usia kayu

Tukang kayu berpengalaman diperlukan untuk memotong teras gemunggal bagi mendapatkan corak tekstur kayu yang menarik.
Gabungan teras dan gumba (bukan teras)  menghasilkan satu intonasi warna yang berseni. 

No comments:

Post a Comment